Skip to main content

Malaysia

Beberapa sekolah di Pendang dilanda ribut - JPN

ALOR SETAR - Beberapa sekolah di daerah Pendang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah, petang tadi._Sinar Harian
Beberapa sekolah di daerah Pendang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah, petang tadi. - Foto Sinar Harian

ALOR SETAR: Beberapa sekolah di daerah Pendang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah, petang tadi.

Sumber Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah yang dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, sekolah disahkan terlibat ialah Akademi Sains Pendang, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Md Ariff, SK Paya Mak Inson dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang.

Advertisement

Difahamkan terdapat beberapa sekolah di daerah lain turut terjejas akibat ribut berkenaan, bagaimanapun maklumat sebenar sekolah yang terlibat dan kerosakan yang dialami masih belum diperolehi.

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa tiga daerah iaitu Pendang, Bandar Baharu dan Kubang Pasu dilaporkan dilanda ribut setakat 9.30 malam ini.

Kejadian awal petang tadi itu menyebabkan beberapa rumah, bangunan termasuk premis kerajaan mengalami kerosakan terutamanya pada bahagian bumbung selain banyak pokok dilaporkan tumbang sehingga menghalang laluan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video