awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedah siasat mangsa tembakan di Brickfields dijalankan petang ini

Bernama
Bernama
14/06/2025
10:30 MYT
Bedah siasat mangsa tembakan di Brickfields dijalankan petang ini
Tangkap layar video tular insiden tembakan di Brickfields semalam.
KUALA LUMPUR: Bedah siasat terhadap seorang mangsa yang maut dalam insiden tembakan di Brickfields semalam, akan dijalankan petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ringkasan AI
  • Bedah siasat mangsa tembakan: Mangsa yang maut dalam insiden tembakan di Brickfields akan menjalani bedah siasat petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
  • Dua lagi mangsa menerima rawatan: Seorang mangsa cedera parah masih dirawat di PPUM dalam keadaan stabil, sementara seorang lagi hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan: Insiden berlaku ketika tiga lelaki tempatan sedang makan di sebuah restoran sebelum ditembak oleh dua individu menaiki motosikal, menyebabkan satu kematian.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata seorang lagi mangsa yang cedera parah, masih dirawat di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.
"Sementara seorang lagi mangsa yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
[TERKINI] Seorang maut, dua cedera ditembak ketika makan di Brickfields
Pada kejadian 10.50 malam itu, ketiga-tiga lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang makan bersama beberapa rakan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.
Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tembakan, manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa tembakan
#Brickfields
#bedah siasat
#pusat perubatan universiti malaya
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami