Bedilan meriam sebanyak satu das bagi menandakan masuk waktu Maghrib dan berbuka puasa sepanjang Ramadan adalah tradisi unik diamalkan di Bandar Diraja ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata tradisi menembak meriam itu dimulakan sejak lebih 40 tahun lepas dengan menggunakan dua laras meriam jenis Bavaria Gun M635 dari Jerman yang setiap satu seberat 415 kilogram.
"Tradisi menembak meriam dipercayai bermula disebabkan ramai penduduk pada waktu dahulu tidak mempunyai radio dan kedudukan rumah yang jauh dari masjid menyebabkan mereka sukar untuk mengetahui jika sudah masuk waktu maghrib.
"Kedudukan meriam yang dihalakan ke arah Istana Abu Bakar juga adalah tradisi kerana dahulunya ia sebagai pemakluman waktu berbuka kepada Sultan Pahang yang bersemayam di situ dan bunyi tembakan boleh didengar sejauh satu kilometer," katanya di sini.
Mohd Razli berkata dua laras meriam itu digunakan secara bergilir sepanjang bulan Ramadan, dengan tugasan menembak dilakukan oleh empat anggota daripada cawangan persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.
Selain tembakan berbuka puasa, Mohd Razli berkata tembakan satu das juga dilepaskan untuk memaklumkan penduduk bermulanya bulan Ramadan dan pengisytiharan Aidilfitri, yang dibuat selepas pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
"Lazimnya kami akan membuat percubaan seminggu sebelum jangkaan tarikh puasa bagi memastikan meriam berada dalam keadaan baik dan akan diselenggara selepas pengisytiharan raya sebelum disimpan untuk kegunaan tahun hadapan," katanya.
Sementara itu, Koperal Mohd Zahri Ab Rahman yang ditugaskan melepaskan tembakan meriam itu sejak tahun 2003 berkata persiapan akan dibuat 10 minit sebelum masuk waktu Maghrib dan akan melepaskan tembakan terlebih dahulu sebelum berbuka puasa.
"Saya diajar begitu oleh anggota sebelumnya supaya penduduk tidak lewat untuk berbuka. Tambahan pula, tugasan ini hanya mengambil masa beberapa saat, jadi kami yang bertugas juga tidak lambat sebenarnya untuk berbuka," katanya.
Mohd Zahri berkata dua anggota akan melakukan tugasan itu setiap hari dan mereka akan membawa dua butir peluru sebagai 'persediaan' memandangkan pernah berlaku tembakan yang dilepaskan tidak mengeluarkan bunyi. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 28 2020
Tembakan meriam sebanyak satu das juga dilepaskan untuk memaklumkan penduduk bermulanya bulan Ramadan dan pengisytiharan Aidilfitri. Gambar/ Bernama.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Bedilan meriam tanda berbuka puasa di Pekan
Bedilan meriam sebanyak satu das bagi menandakan masuk waktu maghrib sepanjang Ramadan sebagai panduan berbuka puasa di bandar diraja ini selain laungan azan.