awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beg Sofyank hilang di Singapura ditemui di Filipina

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2023
09:16 MYT
Beg Sofyank hilang di Singapura ditemui di Filipina
Jelas Sofyank, beg berisi hasil kerjanya itu kini dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina dan dijaga pihak pengurusan tersebut. - Gambar/ FB Sofyank96
KUALA LUMPUR: Beg milik pereka kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Sofyank yang dilaporkan hilang pada Khamis berjaya ditemui kembali.
Jelas Sofyank, beg berisi hasil kerjanya itu kini dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina dan dijaga pihak pengurusan tersebut.
Menerusi ciapan di Twitter, beliau melahirkan rasa syukur atas penemuan kembali beg berkenaan.
“Alhamdulillah, hasil berkat pertolongan kalian semua, beg tersebut dapat dijumpai. Saya telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Clark. Mereka telah menghubungi dan membantu mendapatkannya.
“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat membantu menyebarkan maklumat ini. Sekarang saya boleh kembali menyunting video saya," ciapnya di Twitter miliknya pada Jumaat.
ALHAMDULILLAH!! Hasil berkat pertolongan korang, saya dah jumpa! https://t.co/Y70Dtj2jbr pic.twitter.com/RkhzH8ek5b
— sofyank96 (@sofyank96) May 26, 2023
Sofyank sebelum ini dalam satu ciapan memaklumkan yang dia kehilangan beg tersebut semasa tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Khamis.
Dakwanya, dipercayai ada individu yang terambil beg berkenaan semasa di lapangan terbang tersebut.
Beg itu pada awal dikesan berada di lokasi yang sama menerusi AirTag yang dihubungkan kepada telefon pintarnya.
Pengesanan tersebut kemudian terhenti kerana individu yang membawa beg tersebut dipercayai dalam perjalanan ke kawasan lain. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sofyank
#Beg Sofyank hilang
#lapangan terbang
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan