awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di 463 kawasan Lembah Klang dijangka pulih Isnin - Air Selangor

Bernama
Bernama
04/09/2021
13:48 MYT
Bekalan air di 463 kawasan Lembah Klang dijangka pulih Isnin - Air Selangor
Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 6.00 pagi, Isnin ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 6.00 pagi, Isnin ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan air terawat yang bersih dan selamat telah mula disalurkan secara berperingkat bermula 5.30 petang tadi.
"Buat masa kini, Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas.
"Selain itu, Air Selangor ingin menyarankan agar pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian selain menggunakan air secara berhemah," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Henti tugas LRA Sg Semenyih: 463 kawasan di Selangor, Putrajaya alami gangguan bekalan air
Beliau berkata 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan terjejas dan premis-premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
Katanya, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa dan pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Gangguan bekalan air sejak Selasa lepas itu meliputi lima wilayah Air Selangor iaitu 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#gangguan air
#pencemaran bau
#Sungai Semenyih
#Pulih
#Elina Baseri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan