awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di beberapa daerah Selangor pulih berperingkat hari ini

Bernama
Bernama
23/09/2016
06:45 MYT
Bekalan air di beberapa daerah Selangor pulih berperingkat hari ini
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi telefon pintar 'mySYABAS' atau melayari www.syabas.com.my
Bekalan air di beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas sementara sejak semalam dijangka pulih secara berperingkat bermula awal pagi ini.
Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihenti tugas sejak enam petang semalam akibat pencemaran air mentah telah kembali beroperasi.
"Paras air di semua kawasan terbabit sedang dipantau rapi. Bantuan bekalan air menggunakan lori tangki air telah dihantar ke kawasan terlibat sehingga paras air di semua kolam takungan air stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kawasan yang terlibat dalam daerah Petaling adalah USJ 1 hingga 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang, manakala kawasan terjejas di Hulu Langat adalah Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching.
Bagi daerah Kuala Langat pula ia melibatkan Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang, manakala daerah Sepang melibatkan Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi telefon pintar 'mySYABAS' atau melayari www.syabas.com.my
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#bekalan air
#bekalan air terputus
#gangguan bekalan air
#loji rawatan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan