awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Klang dan Shah Alam pulih sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Bernama
14/12/2020
06:23 MYT
Bekalan air di Klang dan Shah Alam pulih sepenuhnya - Air Selangor
Semalam, enam kawasan terbabit dilaporkan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bekalan air di enam kawasan di Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 yang mengalami gangguan tidak berjadual sejak semalam, pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.
Semalam, enam kawasan terbabit dilaporkan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah yang berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24, Shah Alam sebelum bekalan air mula disalurkan kepada pengguna kira-kira 7 pagi tadi.
"Pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#shah alam
#Klang
#Air Selangor
#gangguan bekalan air
#gangguan bekalan air pulih
#Elina Baseri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan