awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di lima wilayah terjejas pulih sepenuhnya - Air Selangor

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2022
23:20 MYT
Bekalan air di lima wilayah terjejas pulih sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air di lima wilayah terjejas di Selangor pulih sepenuhnya tengah malam tadi. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kawasan terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pulih sepenuhnya.
Air Selangor dalam kenyataan pagi ini berkata bekalan air di lima wilayah terjejas itu pulih sepenuhnya jam 12 tengah malam tadi.
"Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air bagi 472 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, 27 Disember 2022 (Selasa)," tulis kenyataan itu.
Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air bagi 472 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah malam, 27 Disember 2022 (Selasa).#AirSelangor #2412SungaiSemenyih pic.twitter.com/eo5OWmo41J
— Air Selangor (@air_selangor) December 26, 2022
"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” menurut kenyataan agensi itu lagi pada Selasa.
Kawasan terbabit ialah daerah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27).
Air Selangor dalam pada itu menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan air daripada pili mengalir sehingga jernih, sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
Pada Sabtu, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.
Pencemaran bau dipercayai berpunca daripada tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir
#Air Selangor
#lima wilayah Air Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan