awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Petaling, Sepang dan Kuala Langat pulih malam ini

Bernama
Bernama
09/10/2016
13:39 MYT
Bekalan air di Petaling, Sepang dan Kuala Langat pulih malam ini
Pemulihan bekalan air ke kawasan yang terlibat akan terus dipantau dari semasa ke semasa sehingga bekalan air pulih sepenuhnya. - Gambar fail
Bekalan air di daerah Petaling, Sepang dan Kuala Langat yang terjejas ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih telah pulih sepenuhnya mulai pukul 7 malam ini.
Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah dalam kenyataan di sini malam ini bagaimanapun berkata beberapa kawasan tinggi dan penghujung sistem agihan air di daerah Hulu Langat masih dalam proses pemulihan kerana tekanan air rendah.
"Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Bandar Tasik Kesuma Fasa 1 hingga 9, Seksyen 2 dan 4 Bandar Baru Bangi, Taman Hieow Piow, Taman Bangi Jaya, Taman Desa Kenanga, Taman Bukit Semenyih, Taman Dusun Jaya, Kajang Utama, Apartmen Baiduri, Desa Mewah dan Bandar Sunway Semenyih," katanya.
Beliau berkata bagi kawasan-kawasan di daerah Kuala Lumpur dan Hulu Langat yang terlibat dengan penutupan Loji Rawatan Air Sg Langat dan Cheras Batu 11, pelan pemulihan berjadual masih diteruskan mengikut zon yang telah ditetapkan.
Katanya pemulihan bekalan air ke kawasan yang terlibat akan terus dipantau dari semasa ke semasa sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.
Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki hanya ke kawasan dalam zon yang sepatutnya mendapat bekalan air.
"Kami meminta kerjasama pengguna supaya menggunakan air secara berhemat untuk membantu kami mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan yang terlibat.
Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan kami, pengguna dinasihati memuat turun aplikasi telefon bimbit "mySYABAS" atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Kuala Langat
#Loji Rawatan Air Sungai Semenyih
#Petaling
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan