Bekalan air lebih 13,000 akaun pengguna AKSB di Tanah Merah terjejas esok

Sebanyak 13,766 akaun pengguna Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di daerah Tanah Merah akan mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam esok. - Foto hiasan
KOTA BHARU: Sebanyak 13,766 akaun pengguna Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di daerah Tanah Merah akan mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam esok.
Ringkasan AI
- 13,766 akaun pengguna di Tanah Merah, Kelantan, bakal alami gangguan bekalan air bermula 9 malam esok akibat kerja pembaikan injap sehala di Loji Rawatan Air Bukit Remah.
- Pembaikan tersebut dijangka selesai pada Khamis, namun pengguna kawasan penghujung paip mungkin terkesan lebih dari 24 jam selepas kerja tamat.
- Air Kelantan Sdn Bhd menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air, dan akan menghantar lori tangki kepada hospital, klinik kesihatan, dan pusat dialisis sebelum membantu penduduk.
"Dalam tempoh itu, pengguna akan mengalami gangguan bekalan air sementara dan bagi kawasan penghujung bekalan paip, kemungkinan ia akan terkesan melebihi tempoh 24 jam selepas kerja pembaikian siap," menurut kenyataan itu.
AKSB memaklumkan pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya bermula hari ini selain pada masa yang sama, pihak AKSB juga akan menggerakkan lori tangki untuk membantu premis kritikal, iaitu hospital, klinik kesihatan serta pusat dialisis sebelum diagihkan kepada penduduk.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


