awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air terputus, guna air bomba mandikan jenazah

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2018
00:06 MYT
Bekalan air terputus, guna air bomba mandikan jenazah
Menurut pihak bomba, ia bukan perkara baharu malah turut dijalankan pada tahun-tahun sebelum itu. - Foto Sinar Harian
Bekalan air terputus memaksa sebuah keluarga di Kampung Gual Periok menggunakan khidmat bomba.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adni Ibrahim berkata, menyedari masalah bekalan air sering berlaku, pihaknya membantu menyalurkan air bersih untuk upacara mandi jenazah di Parlimen ini.
Setakat ini beliau berkata, pihaknya hanya menerima satu permohonan daripada penduduk membabitkan bantuan air untuk upacara pengebumian manakala dua permohonan lain bagi keperluan di sekolah dekat sini.
Menurutnya, ia bukan perkara baharu malah turut dijalankan pada tahun-tahun sebelum itu.
Katanya, seramai enam anggota bertugas menjalankan khidmat khas bantuan air untuk memandikan jenazah warga emas, Romoh Maryam, 75, di Kampung Atas Gual Periok.
"Kita salur sumber air segera, disebabkan waktu itu tiada bekalan air untuk memandikan jenazah.
"Air yang digunakan pula diambil dari sumber air bersih di balai bomba malah ia tidak menggunakan kapasiti air yang banyak," katanya.
Sementara itu, penduduk, Termizi Abdullah, 51, berkata, bekalan air di sini sering terputus dan menyukarkan aktiviti harian penduduk.
"Saya harap bekalan air di sini akan pulih dan masalah ini tidak lagi menghantui penduduk di sini," katanya.
Topic Berkaitan
#air bomba
#bekalan air
#bomba
#jenazah
#Kampung Atas Gual Periok
#Kampung Gual Periok
#terputus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan