awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan ayam, daging cukup menjelang Aidilfitri - Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/03/2025
02:05 MYT
Bekalan ayam, daging cukup menjelang Aidilfitri - Menteri
Mohamad (tengah) melihat pelbagai jenis kuih dan biskut tradisional pada Program Semarak Syawal Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas, Klang, hari ini. Turut hadir, Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli (dua, kanan). -- fotoBERNAMA
KLANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan barangan asas seperti ayam, daging dan sayur-sayuran adalah mencukupi pada sambutan Aidilfitri ini.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak perlu bimbang memandangkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa memastikan bekalan berkenaan mencukupi di setiap lokasi.
Perkara itu katanya, turut dipengaruhi perubahan cuaca yang tidak berpanjangan, di mana mungkin berpotensi mengganggu kestabilan rantai makanan.
“Buat masa ini, keadaannya masih terkawal, Alhamdulillah,”
“Semua mencukupi. Tinggal esok (sehari) untuk raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Semarak Syawal 1446H Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas, di sini, hari ini.
Kerajaan dan FAMA bantu usahawan berjualan dengan harga berpatutan
Namun, Mohamad mengakui pihaknya menerima beberapa aduan mengenai kekurangan bekalan di beberapa lokasi, namun katanya ia adalah kes terpencil dan beliau sudah mengarahkan FAMA menyelesaikannya dengan segera.
“Ada kelompongan satu, dua. Tak banyak aduan tahun ini. Amat kurang. Dan semua (bekalan) sampai kepada pengguna,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mohamad menjelaskan kementeriannya hanya membekalkan barang keperluan namun pengawalan harga tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Bila ayam enggan bertelor, nak buat macam mana?" - Mohamad Sabu
Program Semarak Syawal 1446H berlangsung di 262 lokasi di seluruh negara dari 22 hingga 30 Mac ini, dengan sasaran nilai jualan RM20 juta.
Antara pengisian program itu termasuk penjualan produk keperluan raya, pelbagai jenis kuih, ayam dan daging yang dijual dengan harga berpatutan.
Selain itu, jualan khas itu turut melibatkan penyertaan usahawan tempatan, pihak swasta serta agensi kerajaan yang menawarkan kombo MADANI.
"Inilah kali pertama menjelang hari raya, harga barang tidak naik"
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Aidilfitri
#bekalan makanan
#Ayam
#daging
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan