KUALA LUMPUR: Pembekal tidak boleh mengambil kesempatan dan perlu bertanggungjawab dalam isu kekurangan bekalan makanan seperti ayam.
Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, hal sedemikian tidak seharusnya berlaku apa lagi di negeri Selangor.
"Cerita ayam ini isu bekalan makanan jadi tidak patut mana-mana pihak enggan bagi bekalan, kalau bekalan ada. Kalau betul tak ada, itu cerita lain. Tetapi di Selangor kalau kata tak ada bekalan, saya rasa tidak betul.
"Bekalan ada tetapi terhad. Di Mydin kita jual selalunya 20 tan tetapi sebab bekalan terhad jadi kita ada 8 atau 10 tan sahaja.
"Disebabkan kawalan harga, kita tidak ada keuntungan tetapi kita bertanggungjawab. Ini makanan, untung rugi cerita lain, yang penting kena pastikan ada bekalan," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Sabtu.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan melepaskan buat sementara waktu kawalan harga bagi membolehkan bekalan masuk sekaligus menyeimbangkan harganya.
"Pendapat saya, jangan ada kawalan harga kerana ia mengganggu pasaran. Lepaskan dulu kawalan harga sebab kos sekarang tinggi, kita beli RM8.80 daripada pembekal dan kita jual balik RM8.90, tak ada untung. Kami di Mydin masih boleh bertahan tetapi bagi peruncit atau peniaga di pasar contohnya, susah bagi mereka.
"Saya faham kita nak kurangkan inflasi, tetapi kalau bekalan banyak, harga akan turun dengan sendirinya. Tengok macam test kit (COVID-19), bila sudah terlalu banyak bekalan, harga turun dengan sendirinya.
"Yang mustahak sekarang ialah nak pastikan bekalan ada. Kawalan harga tak pernah berkesan untuk jangka masa panjang," jelasnya.
Beliau juga menyarankan orang ramai agar tidak panik dan bersabar dengan isu bekalan makanan yang terhad ketika ini.
"Ini krisis global, kita di Malaysia masih bernasib baik sebab makanan masih ada. Ada negara lain jangan kata ayam, dan dapatkan barang asas seperti gandum dan gula pun susah, malah ada yang memang sudah kehabisan bekalan.
"Tidak perlu panik, jangan beli terlalu banyak kerana takut Malaysia tak ada makanan, saya tidak rasa kita akan sampai ke tahap kebuluran. Selain import makanan, kita juga ada makanan dalam tin, malah sayur-sayuran juga banyak di Cameron Highland," katanya lagi.
Semalam, Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang pada Sabtu.
Pengerusinya, Idrus Zainal Abidin berkata, permasalahan tersebut disebabkan isu bekalan berpunca ayam sakit.
Madiha Abdullah
Sat May 21 2022
Apa yang mustahak kini adalah memastikan adanya bekalan ayam. - Gambar hiasan/Bernama
Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android
Pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut.
Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pertumbuhan pinjaman industri perbankan 5.4 peratus seiring jangkaan bagi tahun ini
Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan sebanyak 5.4 peratus setakat tahun ini, adalah sejajar dengan unjuran julat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus bagi 2024.
Penunjuk perasaan kampus bertembung di Chicago
Penunjuk perasaan Pro-Palestin dan pro-Israel Universiti DePaul di Chicago, Illinois mengadakan protes serentak pada Ahad sebagai tanda sokongan mereka kepada Israel dan Palestin dalam perang di Gaza.
Israel mulakan pemindahan penduduk Palestin di Gaza
Tentera Israel mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah kepada kawasan yang didakwanya sebagai 'zon kemanusiaan' pada Isnin
Latihan tentera: Simulasi pamer kekuatan, erat kerjasama AS- Filipina
Latihan tahunan itu melibatkan kira-kira 16,000 tentera Filipina dan Amerika sudah bermula bulan lalu, akan berlangsung sehingga 10 Mei.
Banjir: Penyelamat Brazil giat selamatkan penduduk terkandas
Ribuan penduduk terkandas di Rio Grande Do Sul tanpa makanan dan air bersih selepas banjir melanda dan mengorbankan sekurang-kurangnya 78 orang.
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC
Siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.
Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.
Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.
Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.
Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco
Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?