awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan beras putih tempatan di pasaran kembali stabil - Chan

Bernama
Bernama
01/10/2023
07:11 MYT
Bekalan beras putih tempatan di pasaran kembali stabil - Chan
Stok beras putih tempatan di pasaran kembali stabil pada minggu ini berbanding minggu lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Stok beras putih tempatan di pasaran kembali stabil pada minggu ini berbanding minggu lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.
Beliau berkata keadaan positif itu berikutan kurangnya pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.
"Saya mendapati di pusat operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 400 tan metrik sebulan beras tempatan dan tambahan 1,100 tan metrik lagi bagi agihan melalui semua jaringan FAMA bagi menampung keperluan," katanya.
Chan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia 2023 di sini hari ini.
Ditanya mengenai kemungkinan 'tangan ghaib' yang mengambil kesempatan dalam isu kekurangan beras putih tempatan, beliau menegaskan isu berkenaan tidak perlu dipolitikkan dan menerusi ratusan operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati tiada sebarang kesalahan dan penyelewengan berlaku.
"Kita sepatutnya mencurahkan tenaga untuk isu yang lebih spesifik seperti isu logistik, pengagihan dan stok beras tempatan yang lebih efisien dan efektif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Stok beras putih tempatan
#chan foong hin
#pembelian panik
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan