ALOR SETAR: Bekalan darah untuk kegunaan hospital di Kedah berada pada tahap kritikal apabila stok semasa di pusat darah di negeri itu hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga hari sahaja lagi.
Ketua Perkhidmatan Transfusi Kedah Dr Siti Nadiah Abdul Kadir berkata berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, berlaku penurunan drastik bekalan darah di negeri ini iaitu sehingga 50 peratus, sedangkan dalam masa sama keperluan darah terus meningkat.
Katanya Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Alor Setar (JPTHAS) yang bertindak sebagai pusat darah bagi Kedah dan Perlis secara purata memerlukan 150 beg darah setiap hari untuk menampung keperluan para pesakit.
"Jumlah ini masih diperlukan walaupun dalam tempoh pelaksanaan PKP ini. Sebelum PKP, 'kutipan' darah adalah antara 150 hingga 200 beg sehari, tetapi sekarang ini kutipan jatuh kepada 75 hingga 100 beg sehari," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Khamis.
Katanya hospital-hospital di negeri ini masih mempunyai stok darah masing-masing yang dianggar mampu bertahan untuk tempoh tiga hingga lima hari, namun memerlukan bekalan darah oleh JPTHAS dari semasa ke semasa.
Beliau berkata antara kes yang memerlukan transfusi darah termasuklah mangsa kemalangan jalan raya, ibu tumpah darah semasa bersalin, pesakit yang menjalani pembedahan utama dan pesakit kanser selain pesakit Talasemia yang memerlukan darah secara berterusan.
Dr Siti Nadiah berkata JPTHAS turut bertanggungjawab mengumpul, memproses serta menyaring bekalan darah bagi Perlis, dan penurunan kadar pengumpulan darah sehingga 50 peratus dilihat turut berlaku di negeri itu.
Beliau menjelaskan aktiviti pendermaan darah masih diteruskan walaupun negara berada dalam tempoh PKP dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dan polis selain tertakluk kepada syarat-syarat asas pendermaan darah.
"Pihak kami akan terus melakukan kempen dan promosi besar-besaran bagi menggalakkan pendermaan darah selain bekerjasama dengan badan bukan kerajaan," katanya yang menggesa orang ramai untuk mengunjungi mana-mana hospital bagi membantu mengatasi masalah ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 27 2021
Bekalan darah untuk kegunaan hospital di Kedah berada pada tahap kritikal dan hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga hari sahaja lagi. -Astro AWANI
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Jemaah Islamiyah masih berakar umbi?
Bersama Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
Balai Polis Ulu Tiram diserang: Dua polis maut, seorang cedera ditembak, ditetak
Bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqiela Omar, untuk mendapatkan perkembangan terkini dari lokasi.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.
Permohonan nikah di Siam meningkat dua kali ganda
Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun.