awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalkan polis peralatan lebih canggih, banteras jenayah - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
02/06/2024
08:31 MYT
Bekalkan polis peralatan lebih canggih, banteras jenayah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid memeriksa barisan kawalan kehormat ketika hadir melancarkan pengoperasian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di Hutan Melintang hari ini. - Foto Bernama
BAGAN DATUK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dibekalkan dengan peralatan canggih selari dengan perkembangan teknologi yang pesat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pasukan keselamatan itu perlu memiliki pelbagai kelebihan dalam usaha membanteras jenayah, semasa penjenayah menggunakan teknologi terkini yang berubah dengan pantas untuk menjalankan kegiatan mereka.
"Dalam hal ini penggunaan AI (kecerdasan buatan) umpamanya dan IOT (Internet benda) adalah antara elemen penting yang harus diberikan kepada pihak PDRM," katanya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam sidang media selepas melancarkan pengoperasian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di Hutan Melintang dekat sini hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam ucapan aluannya berkata IPD Bagan Datuk secara tidak rasmi mula beroperasi pada 16 Mac lepas dengan kekuatan 267 perjawatan.
Beliau berkata Balai Polis Hutan Melintang dipilih untuk menjadi pusat operasi sementara IPD Bagan Datuk apabila melihat kepada kesesuaian kompleks balai polis itu yang siap dibina pada 2012.
"Peruntukan RM2 juta untuk perolehan tanah berkeluasan 10 ekar bagi tapak pembinaan Kompleks IPD Bagan Datuk yang baharu telah pun diluluskan di bawah Rolling Plan 4, RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), dan PDRM juga telah mengemukakan permohonan kos pembinaannya yang dianggarkan RM200 juta, di bawah Rolling Plan 5, RMK12," katanya.
Mohd Yusri berkata IPD Bagan Datuk itu menjadi IPD yang ke-16 untuk PDRM Perak.
Usai majlis itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kemudiannya merasmikan Dewan Orang Ramai Parit 23, Tanjung Bayan dekat sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#peralatan canggih s
#Zahid Hamidi
#dibekal senjata
#banteras jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan