awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia pada usia 61 tahun

Ridzal Abdullah, Ridhuan Esa, Ridhima Khanduja
Ridzal Abdullah, Ridhuan Esa, Ridhima Khanduja
12/04/2025
23:10 MYT
Bekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia pada usia 61 tahun
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 4.40 pagi akibat jangkitan paru-paru.
LAHAD DATU: Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Salleh Kalbi meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 4.40 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru pada usia 61 tahun.
Menurut isteri beliau, Datin Fatmah Abdul Aziz ketika dihubungi, Allahyarham telah menjalani rawatan di hospital lebih dua minggu.
“Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Firdaus Kampung Sapagaya, dijangka akan dikebumikan Tanah Perkuburan Orang Islam di Kampung Terusan selepas solat Zohor hari ini,” katanya.
Allahyarham merupakan wakil rakyat Barisan Nasional untuk Parlimen Silam (kini Parlimen Lahad Datu) mewakili Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Lahad Datu dan Kunak pada tahun 2008 hingga 2013.
Allahyarham terkenal dengan sifat rendah diri dan mudah didekati rakyat malah sehingga sebelum akhir hayat beliau masih meneruskan perjuangan membela rakyat di Lahad Datu melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan, Amirah Mahfuzah Syopieah dan Amera Elezadiba Syalesiah.
Topic Berkaitan
#Salleh Kalbi
#meninggal dunia
#Ahli Parlimen Silam
#jangkitan paru-paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan