awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep meninggal dunia

Bernama
Bernama
03/04/2018
05:35 MYT
Bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep meninggal dunia
Mohd Daud berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Kuala Selangor selepas menewaskan calon Keadilan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid, pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004. - Gambar fail
Bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor Mohd Daud Tarihep meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, Perak pada 2.49 pagi tadi kerana sakit jantung.
Beliau berusia 66 tahun.
Menurut anak sulungnya, Mohd Haminar Rashid, 41, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu kira-kira dua minggu lalu selepas mengalami serangan jantung.
“Jenazah arwah ayah akan dibawa ke rumahnya di Seksyen 6, Shah Alam sebelum dibawa ke Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) Shah Alam, untuk urusan solat jenazah.
“Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Asar,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Daud berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Kuala Selangor selepas menewaskan calon Keadilan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid, pada pilihan raya umum (PRU) ke-11 pada 2004. Beliau, bagaimanapun tidak dicalonkan semula pada PRU ke-12.
Allahyarham Mohd Daud, yang juga bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri penerangan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, meninggalkan seorang isteri, Zuraidah Abdul Halim dan tujuh anak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Kuala Selangor
#meninggal dunia
#Mohd Daud Tarihep
#sakit jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan