KLANG: Lelaki yang dipercayai meragut seorang wanita di Jalan Persiaran Raja Muda Musa sebelum ini bertindak nekad melarikan diri sehingga Langkawi sebelum diberkas pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan motosikal berjaya dikesan di Langkawi, Kedah.
"Suspek diberkas kira-kira jam 12.30 tengah hari di kawasan sekitar Pekan Kuah, Langkawi sebelum dibawa pulang untuk siasatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati suspek merupakan lelaki warga tempatan berumur 24 tahun dipercayai baru selesai menjalani hukuman dan keluar dari penjara sekitar awal April lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Isnin.
Menurutnya, suspek turut dikesan memiliki lima rekod lampau berkait jenayah dan dadah.
"Suspek direman empat hari dan siasatan lanjut berkaitan kes masih dijalankan," katanya.
Isnin lalu, seorang wanita yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja cedera akibat terjatuh selepas diragut dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini.
Kejadian berlaku pada jam 8.50 pagi ketika mangsa berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina tiba-tiba dihampiri sebuah motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap.
Suspek kemudian bertindak menarik beg silang dipakai mangsa menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh dan cedera di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 22 2024
Video kejadian ketika mangsa yang menunggang motosikal terjatuh selepas beg silangnya diragut suspek. -Video tular
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Detik cemas wanita diragut dua kali selang beberapa saat
Dalam kejadian pada 28 Mei lalu, mangsa Ban Muy Heang sedang melintas jalan bersama rakannya di Phnom Penh, Kemboja.
Degil, pekakkan telinga punca jenayah samun berulang
Kes samun pecah cermin kereta bukanlah suatu perkara baru di negara ini memandangkan kes seperti ini semakin meningkat setiap tahun walaupun peratusannya kecil berbanding jenayah lain.
Mangsa ragut: Kita boleh elak musibah
Walaupun kejadian itu sudah berlaku dua tahun lepas, namun bagi Siti Nor Ain Abdullah, 27, kejadian diragut di lampu isyarat masih lagi segar diingatannya.