awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah

Bernama
Bernama
05/08/2024
08:20 MYT
Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah
Nur Zaidani didakwa menawarkan pakej itu tanpa lesen sah yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di sebuah bank di Pusat Bandar Utara di Sentul di sini pada 10.11 malam, 10 Dis 2022. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.
Nur Zaidani Akmal Abd Majid, 40, didakwa menawarkan pakej itu tanpa lesen sah yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di sebuah bank di Pusat Bandar Utara di Sentul di sini pada 10.11 malam, 10 Dis 2022.
Ibu enam anak itu didakwa mengikut Seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan 1992 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Lejerod Limpuong yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap serta mempunyai tanggungan keluarga.
Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan Nur Zaidani Akmal diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Sept depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi pelancongan
#pakej umrah
#tiada lesen
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan