awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas guru alami demensia hilang sejak Isnin lalu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/11/2024
15:00 MYT
Bekas guru alami demensia hilang sejak Isnin lalu
Subramaniam Gopal yang mengalami demensia itu tidak membawa dompet dan telefon pintar ketika keluar dari rumahnya, pada pagi Isnin lalu. - Foto Devananthan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas guru berusia 84 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi, di sini sejak Isnin lalu.
Anak mangsa, S Devananthan dalam perkongsian di Facebooknya memberitahu, mangsa kali terakhir dilihat di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, kira-kira pukul 5 petang.
Klinik itu katanya terletak, kira-kira 3 kilometer dari kediamannya.
Menurutnya, mangsa, Subramaniam Gopal yang mengalami demensia itu tidak membawa dompet dan telefon pintar ketika keluar dari rumahnya, pada pagi Isnin lalu.
"Kami sudah mencari mangsa di rumah saudara-mara, jiran-jiran dan rakan namun masih tidak ditemui," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
Menurut Devananthan, mangsa berketinggian 173 sentimeter, susuk tubuh kecil dengan berat 52 kilogram (kg).
Ketika keluar dari rumah katanya, mangsa memakai baju singlet berwarna putih dan kain pelikat berwarna jingga.
Susulan itu, beliau merayu bantuan orang ramai untuk memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai berdekatan sekiranya mempunyai maklumat atau mengetahui kedudukan mangsa berkenaan.
Topic Berkaitan
#orang hilang
#bekas guru
#Demensia
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan