awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas guru rugi RM82,000 tawaran buka kedai TikTok palsu

Bernama
Bernama
06/05/2025
15:30 MYT
Bekas guru rugi RM82,000 tawaran buka kedai TikTok palsu
Azamuddin berkata lelaki warga emas berusia 67 tahun itu diperdaya bagi tujuan membuka perniagaan secara dalam talian. - Gambar hiasan/Bernama
JERTIH: Seorang bekas guru mengalami kerugian hingga RM82,600 setelah menjadi mangsa penipuan melalui aplikasi laman sosial Facebook berhubung tawaran membuka kedai di aplikasi TikTok atau TikTok Shop sejak 27 April lepas.
Ketua Polis Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu berkata lelaki warga emas berusia 67 tahun itu diperdaya bagi tujuan membuka perniagaan secara dalam talian.
"Mangsa yang berminat dengan tawaran itu diminta menghantar salinan MyKad dan sekeping gambar swafoto untuk pendaftaran akaun.
"Setelah TikTok Shop mangsa kononnya diwujudkan, dia dikehendaki memasukkan modal permulaan bagi kedai dalam talian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azamuddin berkata mangsa kemudian memasukkan modal permulaan sebelum menerima sedikit pulangan.
"Mangsa yang semakin yakin telah memasukkan modal seterusnya iaitu sebanyak 13 kali transaksi ke tujuh akaun bank berbeza yang diberikan suspek berjumlah keseluruhan RM82,600," katanya.
Beliau berkata setelah melakukan transaksi terakhir pada Ahad lepas, mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu apabila suspek terus meminta tambahan modal.
"TikTok Shop berkenaan juga dipercayai palsu kerana dikatakan menggunakan mata wang USD dan walaupun selalu menerima kemasukan pesanan dalam sistem namun tiada sebarang pembayaran dibuat.
"Mangsa telah membuat laporan semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#laman sosial
#warga emas
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan