Skip to main content

Malaysia

Bekas isteri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia

Allahyarham dikatakan pernah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan Najib dan merupakan ibu kepada anak-anak hasil perkahwinan mereka. - Foto FB Najib Razak
Allahyarham dikatakan pernah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan Najib dan merupakan ibu kepada anak-anak hasil perkahwinan mereka. - Foto FB Najib Razak
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, dilaporkan telah meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Najib pada Khamis.

Menurut hantaran itu, Allahyarham dikatakan pernah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan Najib dan merupakan ibu kepada anak-anak hasil perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, Najib tidak dapat bersama keluarga pada saat menyedihkan itu berikutan keadaan yang tidak memungkinkan beliau berbuat demikian.

Namun, ingatan dan doa beliau sentiasa mengiringi anak-anak serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.



Dalam hantaran sama, beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima amal ibadahnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Beliau turut berharap seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan itu.

Advertisement



 

Must Watch Video

Advertisement