awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI

Bernama
Bernama
14/12/2023
14:19 MYT
Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI
Yong dipilih menjawat jawatan itu melalui pemilihan tiga jawatan utama Majlis Pentadbir MPI pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan di Cyberjaya. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong dilantik sebagai Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI).
MPI dalam kenyataan hari ini berkata Yong, yang kini merupakan Ketua Pengarang portal berita The Weekly Echo, dipilih menjawat jawatan itu melalui pemilihan tiga jawatan utama Majlis Pentadbir MPI pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan di Cyberjaya, hari ini.
Selain itu, Pengarang Kumpulan The New Straits Times Farrah Naz Karim dipilih sebagai Timbalan Presiden manakala Pengarang Pengurusan Star Media Group Brian Martin sebagai Naib Presiden.
Menurut MPI, tempoh perkhidmatan Ahli Majlis Pentadbir yang terdiri daripada enam Ahli Majlis termasuk Yong, Farrah Naz dan Martin berkuat kuasa sehingga mesyuarat Agung MPI diadakan sebelum pertengahan tahun depan.
Mengulas mengenai pelantikannya, Yong dalam kenyataan sama berkata MPI perlu menjadi lebih inklusif dan relevan kepada industri media dengan mengadakan lebih banyak program latihan, sesuai dengan landskap media yang kian berkembang.
"Program-program latihan ini bertujuan untuk membantu melahirkan lebih ramai wartawan yang berkualiti dan berkebolehan tinggi dalam usaha membantu meningkatkan taraf kewartawanan di negara ini," katanya
Beliau berkata MPI akan menjemput lebih banyak organisasi media untuk menyertai sebagai ahli dengan mengadakan kerjasama dan menggalakkan penglibatan semua pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bernama
#program latihan
#taraf kewartawanan
#organisasi media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan