awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Penasihat Editorial Astro AWANI, Hishamuddin Aun meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2025
13:52 MYT
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Penasihat Editorial Astro AWANI, Hishamuddin Aun meninggal dunia
Allahyarham Hishamuddin dikenang sebagai tokoh kewartawanan negara yang banyak menyumbang kepada pembangunan industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan sukan.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang petang tadi.
Difahamkan, Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu.
Sejak dua minggu lalu, kesihatan Allahyarham dilapor semakin merosot akibat jangkitan influenza.
Menurut maklumat yang diterima Astro AWANI, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sungai Sekamat, Jalan Cheras bagi urusan mandi dan kafan pada jam 11 pagi esok.
Solat jenazah akan dilaksanakan selepas solat fardhu Zuhur di masjid yang sama, sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sekamat untuk dikebumikan.
Allahyarham Hishamuddin juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Editorial Astro AWANI dan Astro Arena, Pengarang Harian Metro, dan Pengarang Sukan Berita Harian.
Allahyarham dikenang sebagai tokoh kewartawanan negara yang banyak menyumbang kepada pembangunan industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan sukan.
Beliau memulakan karier dalam dunia kewartawanan pada 1979, dan turut terlibat dalam pelbagai bidang lain seperti jenayah dan mahkamah.
Pada Julai lalu, Hishamuddin menerima Anugerah Penghargaan Khas dalam satu majlis Anugerah SAM-100PLUS 2024 oleh majlis anugerah anjuran Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) itu di Petaling Jaya.
Topic Berkaitan
#Datuk Hishamuddin Aun
#Penasihat Editorial Astro AWANI
#Hishamuddin Aun meninggal dunia
#berita dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan