SINGAPURA: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam, di sini pada Khamis.
Acryl Sani yang juga pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menerima penghargaan itu sebagai mengiktiraf peranannya dalam mengukuhkan hubungan dua hala yang rapat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).
SPF berkata kepimpinan beliau dalam PDRM telah meningkatkan keselamatan kedua-dua negara dengan menentang ancaman pengganasan, dadah dan jenayah rentas sempadan.
"Di bawah kepimpinan beliau, kerjasama antara PDRM dengan SPF diperkukuh dengan ketara. Kedua-dua pasukan meningkatkan kerjasama terutamanya dalam bidang siasatan, pertukaran maklumat dan perisikan, serta pembangunan keupayaan," katanya dalam catatan Facebook, pada Sabtu.
Pesuruhjaya Polis Singapura, Hoong Wee Teck, berkata: "Kami akan terus bekerja rapat dengan Polis Diraja Malaysia untuk memerangi jenayah rentas sempadan dan menangani cabaran keselamatan baru."
Semasa di sini, Acryl Sani turut membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Hoong.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam. - Foto FB Pasukan Polis Singapura
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Segelintir ahli politik sengaja cetus isu perkauman
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasaan menyifatkan tindakan itu sesuatu yang sengaja dilakukan demi kepentingan politk dan peribadi.
Tiada bukti Zakir Naik pengganas - Musa Hassan
Di bawah undang-undang ekstradisi suatu permohonan boleh ditolak jika wujud keadaan seperti pendakwaan bersifat politik disebabkan ras, agama, kerakyatan dan fahaman politik.
Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar, 66, meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser.