awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM

Bernama
Bernama
10/04/2023
01:45 MYT
Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM
Datuk Seri Azlan Man tiba di Kompleks Mahkamah Kangar pagi ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Gambar fail BERNAMA
KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man tiba di Kompleks Mahkamah Kangar di sini pagi ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Beliau yang berpakaian kemeja biru cerah serta berseluar slack biru gelap tiba bersendirian kira-kira 8.15 pagi dan terus masuk ke Mahkamah Sesyen 1.
Turut hadir bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Hamizan Hassan dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perlis, Saiful Daniel Mohd Yusof yang juga bekas calon BN bagi DUN Sena pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Azlan akan menghadapi pertuduhan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Azlan diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid manakala pendakwaan akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib.
Azlan, 64, menjadi ADUN Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lepas, sebelum tewas pada PRU15.
Azlan yang merupakan Menteri Besar Perlis dari 2013 ke 2022 juga gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti itu, baru-baru ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azlan Man didakwa
#bekas MB Perlis
#Akta SPRM
#Azlan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan