awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Menteri Kabinet dipanggil SPRM Sabah

Assim Hassan
Assim Hassan
06/11/2017
03:54 MYT
Bekas Menteri Kabinet dipanggil SPRM Sabah
Bekas Menteri Kabinet itu dipanggil bagi membantu siasatan kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan sebuah universiti di Sabah.
Seorang bekas Menteri Kabinet hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan sebuah universiti tempatan di Sabah bernilai RM43 juta.
Ahli politik berusia 60 tahun itu hadir di pejabat SPRM Sabah pada pukul 10 pagi.
Sumber memberitahu, ahli politik itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kontrak penyelenggaraan universiti terbabit pada tahun 2014.
"Bekas Menteri Kabinet itu dikatakan menurunkan tanda tangan menyokong pemberian kontrak penyelenggaraan itu kepada sebuah syarikat sebelum diserahkan kepada Kementerian Kewangan bagi diluluskan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sumber menambah, perkara ini terbongkar apabila surat tawaran kontrak penyelenggaraan diberikan kepada syarikat terbabit walaupun lembaga pengarah universiti itu sebelum ini memutuskan akan membuat tender terbuka bagi kontrak tersebut.
Malah, SPRM kata sumber itu lagi, mendapati terdapat dua pegawai universiti itu bersekongkol dengan syarikat terbabit untuk 'memalsukan' surat yang disokong oleh bekas Menteri Kabinet tersebut dan diserahkan kepada Kementerian Kewangan.
"Apabila lembaga pengarah universiti itu melihat penyerahan tender jatuh kepada syarikat kontraktor terbabit, lembaga pengarah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan sebelum memutuskan pembatalan kontrak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan mengenai perkara itu dan berkata bekas Menteri Kabinet tersebut bukan ditahan sebaliknya hanya dipanggil untuk bantu siasatan.
Topic Berkaitan
#ahli politik
#menteri Kabinet
#Rasuah
#Sabah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan