awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Mufti Negeri Sembilan meninggal dunia

Bernama
Bernama
13/08/2024
15:52 MYT
Bekas Mufti Negeri Sembilan meninggal dunia
Bekas Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Taman Marida, Senawang, 7.43 malam tadi pada usia 79 tahun. - Foto Facebook Aminuddin Harun
SEREMBAN: Bekas Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Taman Marida, Senawang di sini, 7.43 malam tadi pada usia 79 tahun.
Menantu Allahyarham Mohd Yusof, Danial Farhan Dolmat berkata ayah mentuanya sebelum ini menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
"Ayah mertua saya koma pada 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di hospital...Allahyarham pergi dengan tenang selepas dibawa pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Danial Farhan berkata jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Kariah Taman Marida sebelum dibawa ke Masjid Negeri untuk disolatkan dan dikebumikan di Makam Perkuburan Islam Tuan Haji Said, Sikamat awal pagi esok.
Allahyarham yang dilahirkan pada 7 Feb 1945 di Air Mawang Johol, meninggalkan seorang balu, Datin Pahariah Jamaludin dan enam anak yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan serta 20 cucu.
Mohd Yusof ialah Mufti Negeri Sembilan keempat yang dilantik pada 2009 dan bersara pada 2023.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Terima kasih atas segala sumbangan dan bakti sepanjang perkhidmatan sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Semoga roh beliau diampuni dosanya serta diletakkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya dalam hantaran di Facebook.
Jabatan Mufti Negeri Sembilan menerusi hantaran di Facebook turut merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.
"Sesungguhnya kami, Warga Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan menjadi saksi terhadap segala kebaikan dan jasa Almarhum sepanjang hayatnya dan amat berdukacita atas kehilangan yang tiada galang gantinya ini," menurut catatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas Mufti Negeri Sembilan
#Mohd Yusof Ahmad
#meninggal dunia
#Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan