awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Panglima TLDM tiba di Mahkamah Jalan Duta, dipercayai berkaitan pendakwaan kes LCS

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/08/2022
01:15 MYT
Bekas Panglima TLDM tiba di Mahkamah Jalan Duta, dipercayai berkaitan pendakwaan kes LCS
Ahmad Ramli (tengah) tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 8 pagi Selasa, dipercayai ada kaitan dengan pendakwaan berhubung kes perolehan kapal tempur pesisir (LCS). -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 8 pagi Selasa, dipercayai ada kaitan dengan pendakwaan berhubung kes perolehan kapal tempur pesisir (LCS).
Beliau tiba dengan diiringi beberapa individu, dipercayai ahli keluarga terdekatnya. Namun Ahmad Ramli tidak diiringi mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Media sebelum ini difahamkan seorang bekas pengarah urusan syarikat berkaitan perolehan enam kapal tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.
Untuk rekod, Ahmad Ramli, yang merupakan Panglima TLDM kesembilan, pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard (BNS), yang juga merupakan kontraktor utama dalam perolehan bernilai kira-kira RM9 bilion tersebut.
Beberapa pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.45 pagi untuk merakam video serta gambar bekas pegawai kanan itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) mengesahkan telah melengkapkan kertas siasatan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
SPRM dalam kenyataannya pada Khamis berkata kertas siasatan berkenaan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Ramli Mohd Nor
#Panglima TLDM
#Kapal Tempur Pesisir
#LCS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan