awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2026 medan ukur tahap sebenar Malaysia di pentas dunia - Mohamad Norza
15 cedera dalam kemalangan libatkan bas dan lori di Rawang
90 kes rogol, 43 kes buli libatkan pelajar di Kedah tahun lepas - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain badminton negara dilepas tanpa dibebas dalam kes penipuan RM58,029

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2026
14:14 MYT
Bekas pemain badminton negara dilepas tanpa dibebas dalam kes penipuan RM58,029
Dalam penghakiman itu, Mahkamah memerintahkan bahawa wang jaminan Lin dikembalikan kepada penjamin. - Foto Robert Lin.
KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen Shah Alam memutuskan bekas pemain badminton negara, Robert Lin Woon Fui, 42, dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada 5 Januari lepas.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud yang mendapati tiada asas kepada kedua-dua pertuduhan tersebut.
Robert Lin sebelum ini dihadapkan pertuduhan yang sama di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir pada tahun 2022 di Mahkamah Sesyen yang sama.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana didakwa menipu seorang lelaki bernama Lee Yang Sheng berhubung pertaruhan dalam talian dan pelaburan tidak wujud berjumlah RM58,029.53 pada 2016.
Beliau diwakili peguam, Athimulan daripada Athimulan & Co., manakala pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin.
Dalam penghakiman itu, Mahkamah memerintahkan bahawa wang jaminan Lin dikembalikan kepada penjamin.
“Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak, tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan,” menurut perintah mahkamah.
Robert Lin sebelum ini pernah mencapai kedudukan No. 4 Dunia bersama rakan sepasukannya, Fairuzizuan Mohd Tazari, sebagai beregu lelaki negara pada tahun 2007.
Topic Berkaitan
#DNAA
#badminton
#Robert Lin
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan