awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain bola sepak didakwa pecah rumah, miliki harta curi

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
30/07/2023
06:00 MYT
Bekas pemain bola sepak didakwa pecah rumah, miliki harta curi
Mohd Azinee Taib, 33, (baju jingga, kanan) mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati. - Gambar/ Astro AWANI
PONTIAN: Seorang bekas pemain bola sepak Liga Super dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pontian, di sini, pada Ahad, atas tiga pertuduhan pecah rumah dan menyimpan harta curi, pada Jun lalu dan awal bulan ini.
Tertuduh, Mohd Azinee Taib, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia bersama-sama dengan dua rakan jenayah yang masih bebas, didakwa memecah masuk ke dalam sebuah kediaman untuk mencuri di Taman Benut Utama, Benut, pada jam 12.05 tengah hari, 8 Jun lalu.
Menurut pertuduhan kedua, dia didapati dengan curang menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit pada jam 4.30 petang, di Jeti Nelayan Ayer Baloi, di sini, pada 3 Julai lalu.
Bagi pertuduhan ketiga, Azinee bersama dua lagi lelaki yang masih bebas didakwa telah mencapai niat bersama untuk melakukan pecah rumah dan mencuri harta benda jam 1.15 tengah hari, di sebuah ruman di Taman Cendana, Benut, 3 Julai lalu.
Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 45, 411 dan 34 Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurezzati Zaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan.
Majistret Nur Azzuin turut menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali dan sebutan semula kes pada 30 Ogos depan.
Sebelum itu, media melaporkan seorang bekas pemain bola sepak yang dipercayai pernah beraksi untuk beberapa pasukan utama Liga Super ditahan selepas terbabit kes pecah rumah dalam kejadian di Benut pada awal Julai lalu.
Topic Berkaitan
#bekas pemain bola sepak
#pecah rumah
#keputusan mahkamah
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan