awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penasihat Axis dihukum penjara enam bulan, didenda RM800,000 kemuka penyata kewangan palsu

Bernama
Bernama
11/04/2022
22:50 MYT
Bekas penasihat Axis dihukum penjara enam bulan, didenda RM800,000 kemuka penyata kewangan palsu
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM200,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Lee Koon Huat.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menyabitkan Lee Koon Huat, bekas Penasihat Lembaga Pengarah Axis Incorporation Bhd (Axis) kerana bersubahat dengan syarikat itu dalam mengemukakan penyata kewangan palsu dalam semua laporan suku tahun Axis bagi tahun kewangan 2007.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam satu kenyataan semalam berkata Lee dikenakan pertuduhan pada 26 Mac 2013 dengan empat pertuduhan di bawah seksyen 122C(c) dibaca bersama seksyen 122B(a)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA).
Bukti menunjukkan bahawa beliau telah memberi arahan untuk meningkatkan hasil pendapatan Axis dalam laporan suku tahunannya yang tidak diaudit pada tahun 2007, kata SC.
Hakim Mahkamah Sesyen KL Tuan Azman Ahmad menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM200,000 bagi setiap pertuduhan (jika gagal bayar, enam bulan penjara).
Mahkamah turut memerintahkan agar hukuman penjara itu dijalankan serentak.
Pada 2013, SC juga telah mengenakan pertuduhan ke atas bekas pengarah eksekutif Axis, Lee Han Boon, Saipuddin Lim Bin Abdullah dan Koh Tee Jin, masing-masing dengan lima pertuduhan kerana mengemukakan penyata kewangan palsu berhubung hasil Axis bagi tahun kewangan 2007 dan 2008.
Kesemua Lee Han Boon, Saipuddin dan Koh mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara antara satu hari hingga 12 bulan dan masing-masing didenda RM200,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Axis
#penyata kewangan palsu
#Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
#hasil pendapatan tidak diaudit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan