Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas penasihat kebangsaan Hindraf, N. Ganesan membayar ganti rugi RM50,000 masing-masing kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan timbalannya, Prof Dr. P. Ramasamy kerana memfitnah.
Saman fitnah itu difailkan oleh kedua-dua pemimpin negeri itu selepas Ganesan, selaku defendan, dalam satu sidang media pada 4 Dis 2013 mendakwa bahawa plaintif tersebut telah menghantar kumpulan samseng untuk mengganggu sebuah mesyuarat tertutup sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dihadiri defendan, empat hari sebelum itu.
Hakim Datuk Lim Chong Fong turut mengarahkan Ganesan membayar kos RM25,000 kepada plaintif.
Dalam penghakimannya, Lim berkata wujud unsur fitnah dalam saman itu selepas defendan gagal membuktikan kesahihan dakwaannya pada sidang media tersebut.
Selain itu, hakim itu berkata alasan pihak defendan yang membuat sidang media bagi kepentingan awam juga tidak diterima memandangkan defendan telah membuat laporan polis tetapi tidak memberi peluang kepada polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.
"Tetapi defendan telah membuat sidang media terlebih dahulu dan membuat tuduhan sebelum pihak polis selesai menjalankan siasatan," katanya.
Saman tersebut difailkan Guan Eng dan Ramasamy pada 2015.
Dalam sidang tersebut yang dikendali oleh 'Concerned Citizens of the Indian Community' berkaitan isu krematorium di Lorong Batu Lanchang, defendan mendakwa plaintif telah menghantar kumpulan untuk mengganggu mesyuarat itu.
Guan Eng dan Ramasamy, diwakili peguam Simon Murali dan Kok Yuen Lin manakala Ganesan diwakili peguam S.Tilaga dan dan Yokinee Selvam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2017
Lim Guan Eng berkata wujud unsur fitnah dalam saman itu selepas defendan gagal membuktikan kesahihan dakwaannya pada sidang media tersebut. - Gambar fail
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Laporan polis dibuat terhadap penceramah, didakwa fitnah Fadhlina
Laporan polis dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah dan Ketua AMK Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar.
Israel jangan perasan! - Saifuddin Nasution
Kopitiam Malaya menerusi laman X membangkitkan persoalan sama ada Israel akan jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa.
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Hati-hati penipuan pelaburan, fitnah media sosial - Fahmi
Beliau berkata masyarakat perlu peka dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan.
Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal
Ketua Armada Bersatu itu berkata, sekiranya hantaran itu tidak diturunkan, tindakan undang-undang akan diambil.
Shamsul Iskandar hantar notis kepada Chegubard, tuntut ganti rugi RM5 juta
Peguam Datuk SN Nair berkata , anak guamnya menuntut Badrul Hisham menarik balik hantaran di Facebook itu dengan serta-merta.
Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar akan menghantar notis tuntutan kepada Che'GuBard berhubung fitnah kononnya PMO sudah menjadi lubuk korupsi.
Tiong nafi minum arak, makan daging babi di pejabat
Tiong cabar pihak yang yang menuduh beliau meminum arak dan memakan daging babi di pejabat, untuk tampil dan bersemuka dengannya.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.