Bekas Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM5,000 membabitkan wang daripada Kumpulan Wang Amanah Koperasi pada 2016.
Tertuduh Datuk Mohamad Zawawi Mahmud yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Dana dan Pelaburan SKM membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Zawawi dengan jalan tipuan dan jalan curang mendorong Ketua Unit Promosi dan Pengembangan SKM negeri, Fadzlurahman Zainudin, menyerahkan RM5,000 peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.
Duit berkenaan adalah untuk pengurusan Seminar Usahawan Muda Berkoperasi Daerah Rompin di kampus Universiti Tenaga Nasional Berhad (TNB) Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin pada 18 Oktober 2016, namun seminar itu tidak dianjurkan pada tarikh dimaklumkan tertuduh kepada Fadzlurahman.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di pejabat SKM Kuantan pada 10 Oktober 2016.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman.
Hakim Mohd Ghazali memutuskan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.
Noraniza Kamsani
Wed Mar 20 2019
Mohamad Zawawi didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan atau boleh juga dikenakan denda. - Astro AWANI/NORANIZA KAMSANI
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Wanita serang suami berkepit dengan kekasih di ekspo
Netizen 'mengamuk' teman wanita lelaki berkenaan masih boleh tersenyum ketika aksinya dirakam.
Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian di Malaysia - LPPKN
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.
Hampir setahun bercerai, bekas isteri Tegar Septian bernikah kali ketiga
Bekas isteri kepada penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka membuat kejutan dengan memberitahu yang dirinya kini sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andy.
"Curang adalah satu pilihan, setia adalah tanggungjawab" - Farid Kamil
Kemelut rumah tangga pasangan ini belum bernoktah apabila Farid enggan menceraikan Diana dengan alasan percaya hubungannya dengan isteri boleh diselamatkan.
Dapat firasat mimpi, isteri bongkar penyanyi 'Surat Cinta Untuk Starla' main kayu tiga
Dakwa Ina, wanita berkenaan merupakan individu yang pernah meminta Virgoun membiayai pengajiannya.
Jangan bertindak atas rasa tertarik, antara strategi elak berlaku curang
Terdapat strategi yang anda dan pasangan boleh amalkan untuk mengelakkan perselingkuhan.
PAU2020: 'UMNO bukan dayus, siapa yang curang wajar ditinggalkan' - Tok Mat
UMNO menegaskan bahawa sesiapa yang memusuhi orang Melayu dan Islam adalah musuh parti itu.
Nelayan tumbuk muka lelaki berdua-duaan dengan isteri dalam bilik tidur ditahan
Seorang nelayan ditahan kerana menumbuk muka lelaki yang ditemui berdua-duaan bersama isterinya dalam keadaan tidak berbaju di dalam bilik rumah mereka di Jalan Dato Ali, dekat Kangar, malam tadi.
Tipu isteri dakwa dijangkiti COVID-19 dan akan mati kerana mahu curang dengan kekasih
Manish Mishra sanggup dakwa akan mati disebabkan COVID-19 semata-mata mahu berselingkuh dengan kekasihnya.
Isteri Ammar Alfian selamat bersalin
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nelissa menerusi Insta Story di akaun Instagramnya.