awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengerusi JKKK didenda tipu dana bina surau RM350,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/04/2021
08:43 MYT
Bekas pengerusi JKKK didenda tipu dana bina surau RM350,000
Zulkifli mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Seorang bekas pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) didenda RM150,000 di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas didapati bersalah menipu dana sumbangan pembinaan surau berjumlah lebih RM350,000, empat tahun lalu.
Hakim S Indra Nehru membuat keputusan itu selepas Zulkifli Othman, 59, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, bekas Pengerusi JKKK Kampung Lambak, Cabang Lima dan Lubok Salak itu, didakwa memperdayakan Exco kerajaan negeri ketika itu, Datuk Rusnah Kassim, dengan mendorong beliau untuk mempercayai bahawa bayaran RM350,000 adalah sumbangan bagi membina surau baharu di Kampung Kubu, Tanjung Malim pada 15 Mac 2017.
Tindakan tertuduh itu mendorong Rusnah memohon sumbangan berjumlah RM350,000 kepada Pejabat Menteri Besar untuk diluluskan pengeluaran cek.
Sumbangan itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama penerima JKKK Kampung Lambak, Cabang Lima dan Lubok Salak di mana kerja-kerja pembinaan surau baharu itu masih tidak dilaksanakan sehingga kini.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dia bagaimanapun dilepaskan dan dibebaskan bagi dua pertuduhan lain di bawah Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Maziyah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam, Hisham Nazir.
Pada prosiding tersebut, mahkamah turut mengarahkan wang simpanan berjumlah RM203,686.45, sebuah kereta Honda Civic bernilai RM33,500 dan sebuah komputer riba dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.
Topic Berkaitan
#bekas pengerusi JKKK
#kampung lambak
#cabang lima
#lubok salak
#tipu dana bina surau
#seleweng dana surau
#kerajaan negeri
#sumbangan
#Pejabat Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan