Skip to main content

Malaysia

Bekas pengurus besar direman dua hari bantu siasatan salah guna kuasa

sprm
Perintah reman terhadap lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini. - Gambar hiasan
Advertisement

SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus besar sebuah syarikat pegangan pelaburan hartanah direman dua hari hingga esok kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan faedah dan ganjaran perkhidmatan.

Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 30-an itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor. 

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2023 hingga 2025 ketika menjawat jawatan Pengurus Besar di syarikat berkenaan.

“Suspek dipercayai menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya dalam urusan kenaikan pangkat, pelarasan gaji serta pemberian bonus yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement