awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengurus pemasaran didakwa 26 pertuduhan menipu babitkan RM6.2 juta

Bernama
Bernama
29/08/2024
11:00 MYT
Bekas pengurus pemasaran didakwa 26 pertuduhan menipu babitkan RM6.2 juta
Mok Chuang Leon didakwa menipu dan memperdaya kerani di syarikat tempatnya bekerja untuk menyerahkan wang berkenaan dengan mengemukakan penyata jualan buah kelapa sawit tidak benar. - Gambar hiasan
TAWAU: Bekas pengurus pemasaran sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 26 pertuduhan menipu membabitkan wang keseluruhan RM6.2 juta sejak tahun lepas.
Mok Chuang Leon, 36, didakwa menipu dan memperdaya kerani di syarikat tempatnya bekerja untuk menyerahkan wang berkenaan dengan mengemukakan penyata jualan buah kelapa sawit tidak benar oleh dua syarikat antara Februari tahun lepas hingga Februari tahun ini.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Perdana Square Commercial Centre, Batu 3 1/2 Jalan Apas, Tawau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Don Stiwin Malanjum membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin serta menetapkan 8 dan 10 Okt ini untuk sebutan semula dan pengurusan kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Jeffery Kadisun manakala tertuduh diwakili peguam Chen Wen Jye.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pengurus pemasaran
#pertuduhan menipu
#Mok Chuang Leon
#Mahkamah Majistret Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan