awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penjawat awam didakwa atas tiga lagi tuduhan rasuah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/08/2020
04:22 MYT
Bekas penjawat awam didakwa atas tiga lagi tuduhan rasuah
Herman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh, 17 Julai lalu, terhadap tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM149,600, sejak 2018. --fotoBERNAMA/Fail
Seorang bekas penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga lagi pertuduhan menerima suapan berjumlah RM108,000 pada 2018 dan 2019 lalu.
Tertuduh, Herman Ibrahim, 45 tahun, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru.
Pada 17 Julai lalu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tiga tuduhan menerima suapan berjumlah RM149,600.
Bekas Pegawai Kebudayaan Kumpulan Selendang Perak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di tempat dan waktu berbeza ketika bertugas sebagai ejen kepada Sekretariat Sukma XIX Perak 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM21,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran, sebulan sekali.
Mahkamah turut menetapkan 19 Ogos depan bagi pengurusan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Khairilazwar Khalil.
Topic Berkaitan
#ejen
#Herman Ibrahim
#ikat jamin
#Ipoh
#Kanun Keseksaan
#kerajaan
#Kumpulan Selendang Perak
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#mengaku tidak bersalah
#pegawai kebudayaan
#penjara
#penjawat awam
#Rasuah
#Sekretariat Sukma
#SPRM
#SUKMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan