SHAH ALAM: Seorang bekas pensyarah sebuah universiti rugi RM1.43 juta akibat diperdaya sindiket 'phone scam'.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa, seorang wanita berusia 61 tahun telah dihubungi oleh suspek yang menyamar sebagai Pegawai National Scam Response Centre (NSRC).
"Suspek menyatakan mangsa ada menjalankan aktiviti perjudian dan pengubahan wang haram.
"Mangsa menafikan perkara tersebut dan panggilan kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan pegawai polis yang dihubungi mengarahkan mangsa membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Hussein berkata, mangsa juga diarahkan supaya mengumpulkan semua wang simpanan yang ada dan menggadai barang kemas untuk dimasukkan ke dalam dua akaun bank milik mangsa bagi tujuan siasatan.
"Mangsa juga diarahkan untuk meletakkan kedua-dua kad ATM bank tersebut di tepi jalan untuk diambil oleh suspek.
"Mangsa yang takut dan terpedaya telah mengikut semua arahan suspek.
"Mangsa sedar telah ditipu apabila membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati sebanyak 262 kali transaksi wang berjumlah RM1.43 juta telah dikeluarkan oleh suspek dari kedua-dua akaun bank milik mangsa," ujarnya.
Beliau berkata, mangsa seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 09 2024
Mangsa diarah mengumpulkan semua wang simpanan dan menggadai barang kemas untuk dimasukkan ke dalam dua akaun bank bagi tujuan 'siasatan'. -Gambar hiasan
WEF: Mendasari geopolitik, mencari keterangkuman
Editor Kanan Niaga AWANI, Najib Aroff membawakan rangkuman Mesyuarat Khas WEF yang berlangsung baru-baru ini di Riyadh, Arab Saudi bersama Pengarah Strategi, KRA Group, Amir Fareed Rahim.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Bekas pensyarah berputih mata, lebih RM1.4 juta lesap ditipu 'pegawai NSRC'
Seorang bekas pensyarah kerugian lebih RM1.4 juta setelah terperdaya taktik penyamaran sindiket penipuan kewangan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta
Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.
Bekas pensyarah berputih mata, RM1.43 juta lesap diperdaya 'scammer'
Mangsa diarah mengumpulkan semua wang simpanan dan menggadai barang kemas untuk dimasukkan ke dalam dua akaun bank bagi tujuan 'siasatan'.
UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presidennya
Pengurusan UIAM berpandangan Maszlee merupakan calon yang ideal kerana beliau merupakan seorang bekas pensyarah UIAM.