KUALA LUMPUR: [DIKEMAS KINI] Bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebaskannya daripada satu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil, 50, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Semasa membaca keputusan penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, pihak pembelaan bagi pihak Ismahalil telah menunjukkan bahawa bilik yang menempatkan dadah itu, boleh diakses pihak lain.
Menurutnya, tertuduh mendakwa, bilik dalam rumah yang disewa di Jalan Semarak itu turut dimasuki kru stesen radio ‘Bapakku FM’, DJ yang bertugas di konti dan tetamu.
Keterangan tertuduh katanya, turut disokong oleh keempat-keempat saksi pembelaan antaranya isteri Ismahalil, Nor Haslinda Abdul Manaf, 50.
“Tidak dipertikaikan tertuduh berada dalam bilik berkenaan semasa dadah dijumpai, tetapi saya menerima keterangan tertuduh, bahawa ruang itu boleh diakses oleh individu lain.
“Jadi, bukan dia seorang sahaja yang mempunyai jagaan atau kawalan terhadap bahan larangan tersebut,” kata Muhammad Jamil.
Selain itu beliau berkata, pihak polis juga mengesahkan, tiada barangan peribadi tertuduh ditemui dalam beg berkenaan.
Katanya, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dadah yang disimpan dalam beg, berada dalam kawalan serta milikan tertuduh, maka mahkamah memutuskan supaya dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah.
Sejurus keputusan diketahui, Ismahalil yang memakai baju T dan berkupiah putih, terpelosok ke bawah kerusi di kandang tertuduh sambil melaungkan `Allahu Akbar'.
Pengasas stesen radio ‘Bapakku FM’ itu turut menangis terharu dan membuat sujud syukur dengan diperhatikan ahli keluarga serta rakan-rakannya yang berada di galeri awam.
Mereka berdiri dan cuba menghampiri Ismahalil, sebelum diminta bertenang oleh pihak berkuasa di mahkamah.
Dalam kes ini, pembelaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Pada 6 September 2021, dia didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram, di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Pada 21 Februari tahun lalu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Februari lalu, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 17 2023
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada satu tuduhan mengedar dadah. - Foto Sinar Harian
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Pemerasan RM1.25 juta: Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Selain ACP, turut disiasat seorang Deputi Superintenden (DSP), tiga Inspektor dan masing-masing seorang Sarjan serta Lans Koperal.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan - Zambry
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata tugas untuk mentransformasi dunia AI sebagai melengkapkan agenda pembangunan negara perlu dilaksanakan secara bersama dengan kementerian lain.
RM1.06 bilion bangunkan projek infrastruktur di Sabah tahun ini - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini.
Polis beri amaran tidak main isu 3R
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi maran kepada semua pihak supaya tidak menyentuh isu 3R (agama, kaum, raja) yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam ketika Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri, Kuala Kubu Baharu.
Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia
Penantian kira-kira 260 penduduk Kampung Orang Asli Kerling di Kuala Kubu Baharu untuk mendapatkan perkhidmatan berakhir setelah kawasan itu kini sudah menerima isyarat liputan daripada empat penyedia telekomunikasi utama.
PH ada sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Centre
Jumlah pengundi pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu dijangka sekitar 70 peratus, dengan calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao dijangka mempunyai sedikit kelebihan berbanding calon yang lain.
Kajian Ilham Centre mendapati, rekod pencapaian DAP mengikut setiap pusat daerah mengundi (DPM) yang agak konsisten sejak menang Pilihan Raya Umum ke-13, membawa ke Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023, menjadikan parti penyandang ada sedikit kelebihan.
Kajian Ilham Centre mendapati, rekod pencapaian DAP mengikut setiap pusat daerah mengundi (DPM) yang agak konsisten sejak menang Pilihan Raya Umum ke-13, membawa ke Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023, menjadikan parti penyandang ada sedikit kelebihan.
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Bekas penyampai radio Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada satu tuduhan mengedar dadah.
Kes dadah: Bekas penyampai radio Ismahalil diperintah bela diri
Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lepas.
Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Ismahalil akan dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.
Bicara kes dadah penyampai radio Ismahalil bermula 19 Okt
Pihak Ismahalil bercadang untuk memanggil enam hingga tujuh saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.
Ismahalil mengaku tidak salah edar dadah
Penyampai radio, Ismahalil Hamzah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis tahun lalu.