Skip to main content

Malaysia

Bekas penyampai Radio RTM Mariamah Tijo meninggal dunia

Puan Mariamah tijo meninggal dunia
Allahyarham Mariamah Tijo dikenali sebagai antara suara radio berpengalaman RTM dan pernah menyumbang khidmat dalam dunia penyiaran tanah air. - Foto Instagram/Ashwad Ismail

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mariamah Tijo, meninggal dunia awal pagi Khamis.

Perkara itu disahkan oleh anak lelakinya, Hatta Othman, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Advertisement

Menurut Hatta, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 5 pagi.

“Ibunda saya, Hajah Mariamah binti Tijo telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin,” tulisnya.

Allahyarham Mariamah Tijo dikenali sebagai antara suara radio berpengalaman RTM dan pernah menyumbang khidmat dalam dunia penyiaran tanah air.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan kepada industri penyiaran negara, khususnya warga RTM yang pernah bekerja bersama Allahyarham.

Maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian belum diumumkan setakat ini.

Astro AWANI ingin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
 

Must Watch Video