Bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada, tiba di tanah air hari ini.
Difahamkan, dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha.
Sebaik tiba, Selva Kumar, 56, kemudian difahamkan dibawa ke Pusat Operasi Imigresen KLIA untuk direkodkan keterangan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.
BACA: Polis rakam percakapan Selva Kumar sejurus tiba di KLIA - Khalid
BACA: Polis akan pantau aktiviti Selva Kumar
Bagaimanapun, usaha lebih 20 pengamal media yang telah menunggu sejak pukul 7 pagi untuk merakamkan ketibaan Selva Kumar gagal apabila dia dipercayai mengelak daripada media.
Pihak media yang menunggu di balai ketibaan antarabangsa dimaklumkan oleh polis bantuan KLIA bahawa Selva Kumar keluar menggunakan laluan balai ketibaan domestik KLIA pada pukul 9.50 pagi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika dihubungi mengesahkan kepulangan Selva Kumar namun beliau enggan mengulas lanjut.
Selva Kumar, yang berasal dari Pulau Pinang, dihukum penjara selama 24 tahun pada 1992 setelah didapati bersalah termasuk bagi 19 tuduhan serangan seksual. Tempoh tahanan penjaranya tamat pada 29 Jan lepas.
Laporan media asing memetik pihak berkuasa Penjara Kanada sebagai berkata terdapat risiko tinggi yang Selva Kumar akan mengulangi perbuatannya dan mungkin membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2017
Difahamkan, Selva tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Bekas perogol bersiri pulang ke Malaysia
Bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada, tiba di tanah air hari ini.
Polis akan pantau aktiviti Selva Kumar
Polis sedar kepulangan Selva Kumar dari Kanada akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, namun polis tidak boleh mengenakan sebarang sekatan kepadanya.