awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taska disyaki langgar SOP, tidak berdaftar
Rupee India cecah paras terendah dalam sejarah
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Setiausaha SPR meninggal dunia

Bernama
Bernama
22/09/2017
09:33 MYT
Bekas Setiausaha SPR meninggal dunia
Jenazah Kamaruddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Bekas setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Kamaruddin Mohamed Baria meninggal dunia akibat serangan asma di kediamannya di Presint 10 di sini awal pagi ini.
Isteri Allahyarham Datin Seri Noor Azman Ahmad, 61, berkata suaminya menghembuskan nafas terakhir kira-kira 5 pagi ini.
Beliau berkata jenazah disembahyangkan di surau Al-Furqan, Presint 11 Putrajaya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di sini selepas solat Jumaat.
"Allahyarham merupakan seorang suami, bapa, datuk yang sangat baik, bertanggungjawab dan penyayang. Selain itu, Allahyarham amat menyayangi cucu-cucu dan sentiasa menjaga mereka dengan baik," katanya ketika ditemui di rumah kediaman di sini hari ini.
Kamaruddin dilantik sebagai setiausaha SPR pada 1 Okt 2010 dan bersara pada 13 Ogos 2013.
Kamaruddin, 62, meninggalkan isteri, empat orang anak termasuk seorang anak lelaki, yang berumur antara 35 dan 27 tahun serta dua orang cucu.
Noor Azman berkata Allahyarham yang menghidap penyakit asma sejak beberapa tahun lalu telah mengadu sesak nafas pagi tadi.
"Saya telah menghubungi ambulans. Pegawai perubatan yang tiba terus memberi bantuan pernafasan namun Allahyarham disahkan meninggal dunia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asma
#Kamaruddin Mohamed Baria
#meninggal dunia
#setiausaha
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan