awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas SU Politik Dr Mahathir nafi terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah

Bernama
Bernama
16/08/2013
10:26 MYT
Bekas SU Politik Dr Mahathir nafi terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah
Bekas setiausaha politik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin menafikan dakwaan bahawa beliau pernah terlibat dalam kegiatan pengeluaran kad pengenalan (IC) atau lebih dikenali sebagai 'Projek IC' kepada pendatang asing di Sabah.
Katanya beliau hanya mengetahui kewujudan 'Projek IC' melalui anaknya yang menonton berita di televisyen mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah di mana nama projek itu dibangkitkan.
"Anak saya beritahu saya yang nama saya dikaitkan dalam projek ini. Tetapi saya tidak menghiraukannya kerana saya tidak terlibat," katanya ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya itu di sini hari ini.
Katanya selama beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik Dr Mahathir, beliau tidak pernah mendengar nama 'Projek IC' dan mustahil baginya untuk turut terlibat dalam projek itu.
Ketika ditanya pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin jika beliau tahu mengenai pemberian IC meragukan kepada pendatang asing, Abdul Aziz berkata beliau hanya mengetahui kegiatan itu wujud menerusi berita mengenai penahanan beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara.
Inkuiri di hadapan panel lima anggota suruhanjaya itu yang dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersambung 9 Sept.
Topic Berkaitan
#projek ic
#Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin
#Tun Dr mahathir Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan