awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas tahanan ISA didakwa galakkan keganasan

Bernama
Bernama
08/02/2013
07:34 MYT
Bekas tahanan ISA didakwa galakkan keganasan
Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Rabu terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria, tahun lepas.
Yazid Sufaat, 49, didakwa menggalakkan perlakuan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi dan perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
Yazid yang merupakan pengusaha kantin di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat DL11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2 Lembah Jaya, Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Okt 2012.
Sementara itu, rakannya Halimah Hussein, 52, seorang suri rumah didakwa bersubahat dengan Yazid bagi melakukan kesalahan sama pada tempat dan waktu yang sama.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh hanya mengangguk faham di hadapan Majistret Zulyana Zulkapli selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Amer Hamzah Arshad. Yazid pernah ditahan di bawah ISA selama tujuh tahun sejak Disember 2001 kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiyah.
Topic Berkaitan
#Akta Keselamatan Dalam Negeri
#Ampang
#Yazid Sufaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan