awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith meninggal dunia

Bernama
Bernama
20/09/2024
01:10 MYT
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith meninggal dunia
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith meninggal dunia pada 7.10 pagi tadi.
SEREMBAN: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith meninggal dunia pada 7.10 pagi tadi di rumahnya di Bukit Chedang.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, kesihatan penasihat PN negeri berusia 50 tahun itu mula merosot sejak lima bulan lepas dan menerima rawatan susulan di hospital swasta.
"Datuk Eddin dibawa pulang ke rumahnya semalam selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini. Allahyarham meninggal dunia di rumahnya, kami (ahli PN) berada di rumahnya sejak malam tadi bersama-sama keluarga, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar untuk PN negeri ini.
"Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Eddin Syazlee, semoga rohnya dicucuri rahmat," katanya ketika di hubungi Bernama di sini hari ini.
Mohamad Hanifah menyifatkan Eddin Syazlee yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, seorang ahli politik berpengalaman dan banyak membimbingnya dalam membentuk satu pasukan yang kuat.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Chedang dekat sini untuk disolatkan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Dr Nurul Azlin Ibrahim dan dua anak lelaki serta seorang perempuan.
Eddin Syazlee pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Eddin Syazlee Shith
#Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan