KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh bersalah atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
Hakim K. Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 15 Sept 2022, yang membebaskan Sabudin, 61, daripada kedua-dua pertuduhan rasuah itu pada akhir kes pembelaan.
Beliau menetapkan 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan tertuduh bagi hukuman yang ringan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.
Dalam penghakimannya, Muniandy berkata hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf berhubung undang-undang yang terpakai kepada keterangan saksi pendakwaan ketiga yang bagi semua maksud tidak boleh dianggap sebagai rakan sejenayah menurut Seksyen 52 (1) (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Walaupun saksi itu yang memberi rasuah, ia berlaku kerana tuntutan yang dibuat oleh tertuduh untuk mendapatkan tajaan semasa saksi itu menemuinya untuk mengadu belum mendapat kontrak kerja lagi.
"Oleh itu, dapatan hakim Mahkamah Sesyen tidak disokong oleh bukti, keputusan yang dibuat bercanggah dengan bukti. Mahkamah mendapati tiada penilaian kehakiman yang sewajarnya terhadap keterangan," katanya sambil menambah kehadiran saksi itu pada majlis resepsi perkahwinan anak tertuduh hanya menyebabkan tertuduh lebih berkemungkinan mengenalinya.
Menurut hakim, bayaran yang dibuat adalah untuk kerja kontrak yang dianugerahkan kepada saksi itu yang dibuktikan dengan kewujudan dokumen kontrak penting, seperti Permit Kerja dan Sijil Pembayaran Kemajuan yang telah mendapat kelulusan tertuduh.
Hakim itu berkata berdasarkan kekhilafan hakim Mahkamah Sesyen, mahkamah wajar campur tangan untuk membetulkannya semasa rayuan.
"Berdasarkan alasan itu, mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan rayuan pendakwaan, sekali gus mengetepikan perintah melepas dan membebaskan serta menggantikannya dengan keputusan bersalah dan sabitan atas dua pertuduhan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM mengikut Seksyen 316 (a) Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
Pada 18 Dis 2020, Mahkamah Sesyen membebaskan Sabudin daripada dua pertuduhan itu pada akhir kes pendakwaan.
Bagaimanapun, Sabudin diperintahkan membela diri atas kedua-dua pertuduhan itu selepas Mahkamah Tinggi pada 24 Mac 2022, membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu timbalan pengarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa memperoleh suapan iaitu wang tunai berjumlah RM200,000 daripada Wong May Kuan, subkontraktor kepada Dusari Niaga yang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2018/2020 (2017/A214) sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada Dusari Niaga.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kedai serbaneka di sebuah stesen minyak, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bukit Antarabangsa di sini dan di hadapan kediamannya di Ukay Perdana, Ampang, masing-masing pada 9 Jun 2018 dan 17 Jan 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Sabudin diwakili peguam K.Theivaendran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Pada 18 Dis 2020, Mahkamah Sesyen membebaskan Sabudin daripada dua pertuduhan itu pada akhir kes pendakwaan. - Gambar fail
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL didapati bersalah 2 tuduhan rasuah
Mahkamah Tinggi mendapati bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh bersalah atas dua pertuduhan memperoleh suapan.