KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC perlu belajar daripada kekecewaan selepas tewas dengan gol saat akhir pada aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi, dan bangkit menjadi pasukan lebih kuat pada aksi seterusnya.
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata beliau tidak menyalahkan sesiapa berikutan kekalahan itu, namun berharap anak buahnya dapat memperbaiki corak permainan dan mengelak melakukan kesilapan dalam perlawanan selepas ini, selain bijak mengawal diri sehingga perlawanan tamat.
"Kita sangat kecewa apabila dibolosi pada minit-minit akhir terutamanya kepada penyokong yang hadir...amat sukar untuk kita terima namun kita tidak boleh menidakkan bahawa JDT adalah pasukan yang baik.
"Kita tahu JDT bermain sepertimana mereka sentiasa bermain dan kita berjaya mengekang asakan yang mereka lakukan, namun sepakan percuma (pada saat akhir permainan) yang memisahkan Sabah dan JDT," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Likas di sini malam tadi.
Pada perlawanan melibatkan dua pasukan teratas Liga Super itu, Sabah tewas kepada JDT di laman sendiri dengan keputusan 2-1, apabila Fernando Forestieri menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.
Ditanya mengenai prestasi kurang memberangsangkan ditampilkan pemain import baharu Sabah FC Jose Embalo, Kim Swee berkata perlawanan Sabah dan JDT malam tadi sangat pantas dan Embalo sentiasa bermain bersendirian di bahagian serangan selain terpaksa berdepan dua hingga tiga pemain lawan.
"Dengan permainan seperti itu, walaupun kita meletakkan seorang penyerang terbaik mereka juga akan sukar apabila sentiasa berhadapan dengan dua hingga tiga pemain," katanya.
Sementara itu, pengendali JDT Benjamin Mora berkata JDT berhadapan kesukaran untuk menentang Sabah kerana semangat pemain skuad The Rhinos yang sentiasa melawan tanpa putus asa.
"Pada awal permainan kami cuba memberi tekanan dan menyerang sambil mencipta banyak peluang tetapi gagal menjaringkan gol, ia perlawanan yang sukar dan kami berjaya mendapat gol kemenangan pada saat-saat akhir," katanya.
Sabah dijadual berdepan Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Selasa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022
![Belajar daripada kekecewaan, Sabah FC perlu bangkit lebih kuat - Kim Swee Belajar daripada kekecewaan, Sabah FC perlu bangkit lebih kuat - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631325138_tbOngKimSwee.jpg)
Kim Swee berharap anak buahnya dapat memperbaiki corak permainan dan mengelak melakukan kesilapan dalam perlawanan selepas ini. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Jun 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM umum berita gembira mengenai barangan makanan hari ini - Fahmi
- Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel
- MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan
#AWANInews #AWANIPagi
- PM umum berita gembira mengenai barangan makanan hari ini - Fahmi
- Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel
- MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan
#AWANInews #AWANIPagi
![Inisiatif terjemahan Khutbah Arafah sangat berjaya - Al-Sudais Inisiatif terjemahan Khutbah Arafah sangat berjaya - Al-Sudais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718499105_Arafat.jpg)
Inisiatif terjemahan Khutbah Arafah sangat berjaya - Al-Sudais
Terjemahan Khutbah Arafah semalam menyumbang kepada usaha untuk meningkatkan capaiannya ke peringkat global yang lebih luas.
![Peranan AI dalam pengurusan haji diperhebat Peranan AI dalam pengurusan haji diperhebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718498963_AbdullahbinSharaf.jpg)
Peranan AI dalam pengurusan haji diperhebat
Ia adalah sebahagian usaha Pihak Berkuasa Data dan AI Arab Saudi dalam melicinkan perjalanan ibadah haji tahun ini sekali gus memperbaiki pengalaman jemaah.
Jenayah: Dua lelaki didakwa sindiket Trojan Spymax
Dua lelaki rakyat Malaysia yang dilaporkan diektradisi ke Singapura, hari ini disyaki ahli satu sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Trojan Spymax.
Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.70-RM4.71 berbanding Dolar AS minggu depan, susulan tumpuan terhadap keputusan kadar faedah Bank Pusat Australia dan data ekonomi global.
Fasa penstabilan Bursa Malaysia berterusan minggu depan
Bursa Malaysia dijangka terus stabil minggu depan dengan FBM KLCI diniagakan antara 1,600-1,620. Pelabur mungkin mengurangkan dagangan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
![Shereen tidak 'puas hati', mahu tampil lebih baik Shereen tidak 'puas hati', mahu tampil lebih baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681623020_ShereenSamsonValla.jpg)
Shereen tidak 'puas hati', mahu tampil lebih baik
Shereen memandang ke hadapan untuk mempamerkan prestasi lebih baik pada Terbuka Kazakhstan selepas hanya mencatatkan masa 52.45 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024.
Switzerland tewaskan Hungary 3-1 dalam aksi Kumpulan A
Switzerland tampil bergaya membuka kempen Euro 2024 setelah menewaskan Hungary dengan kemenangan 3-1 di Stadium Cologne pada Sabtu malam.
Ia sekaligus mungkin menjadi penentu untuk negara itu mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024.
Ia sekaligus mungkin menjadi penentu untuk negara itu mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024.
Sidang kemuncak damai Ukraine di Switzerland: Penolakan terma gencatan Rusia
Sidang kemuncak di Switzerland membincangkan penyelesaian konflik Rusia-Ukraine. Pemimpin Itali dan Jerman menolak terma gencatan senjata Putin sebagai propaganda dan keamanan diktator.
Ribuan warga Israel banjiri jalan Tel Aviv, desak Netanyahu
Ribuan warga Israel membanjiri beberapa jalan di Tel Aviv pada Sabtu malam sebagai protes terhadap kekejaman Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Protes itu antara lain menuntut pilihanraya diadakan serta menuntut perjanjian pembebasan tebusan dan mengkritik kerajaan rejim itu dalam mengendalikan peperangan menentang Hamas.
Protes itu antara lain menuntut pilihanraya diadakan serta menuntut perjanjian pembebasan tebusan dan mengkritik kerajaan rejim itu dalam mengendalikan peperangan menentang Hamas.
![Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715225181_tbOngKimSwee.jpg)
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
![Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024 Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714954595_TaesuPark.jpg)
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
![Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61711986606_HamidinMohdAmin.jpg)
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
![Sabah FC tapis Awang import Sabah FC tapis Awang import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711158803_tbOngKimSwee.jpg)
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
![Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709354941_TanChengHoe.jpg)
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
![Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707734732_TBSABAHFC.jpg)
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
![Piala AFC: Kim Swee tagih aura penyokong Sabah FC Piala AFC: Kim Swee tagih aura penyokong Sabah FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699416213_PialaAFC.jpg)
Piala AFC: Kim Swee tagih aura penyokong Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee menyeru penyokong Sabah FC agar dapat menjelmakan sokongan padu dalam menggalas misi Piala AFC bertemu wakil Vietnam, Hai Phong FC.
![Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695372638_PialaAFC.jpg)
Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Usaha yang gigih dipamerkan setiap pemain Sabah, terutama Darren Lok, perlu diberikan pujian.
!['Peluang tebus maruah negara' 'Peluang tebus maruah negara'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693358355_TBLuqmanHakim.jpg)
'Peluang tebus maruah negara'
Kim Swee percaya kehadiran Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine mampu beri 'kesegaran' buat Harimau Muda mengharungi tugasan kali ini.
![Jurulatih tempatan, luar negara perlu jaga dengan penuh hormat - PJBM Jurulatih tempatan, luar negara perlu jaga dengan penuh hormat - PJBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669544668_tbOngKimSwee.jpg)
Jurulatih tempatan, luar negara perlu jaga dengan penuh hormat - PJBM
Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia gesa semua pihak berkaitan untuk melayan kesemua jurulatih sama ada tempatan mahupun luar negara dengan penuh hormat.