awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan selesa dengan kekuatan kerajaan hanya kerana pembangkang lemah - Penganalisis
JPN nafi ingkar perintah mahkamah dalam kes permohonan MyKad remaja
Insiden letupan: KPT arah universiti laksana pemeriksaan keselamatan segera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2020 tidak ketepikan Kelantan - Tun Mahathir

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/10/2019
05:23 MYT
Belanjawan 2020 tidak ketepikan Kelantan - Tun Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Peralatan Perubatan Malaysia (MEDEX) 2019 hari ini.- Foto Astro AWANI
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri yang mendakwa kononnya Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lalu mengetepikan negeri Kelantan dan Terengganu.
Beliau sebaliknya mempersoalkan isu hutang ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.
“Kita (Kerajaan Pusat) ada bagi peruntukan kepada Kelantan dan pada zaman mereka (Barisan Nasional). Duit daripada royalti petroleum pun mereka tidak bagi, tetapi kita bagi.
“Kita hutang orang pun kita bagi dan hutang mereka kita pula kena bayar dan sekarang salahkan kerajaan kenapa hutang banyak,” katanya selepas merasmikan Ekspo Peralatan Perubatan Malaysia (MEDEX) 2019.
Selain itu, beliau turut menyelar kerajaan terdahulu berhubung isu pembelian kapal dari negara China yang menyebabkan kerajaan terpaksa berdepan dengan bebanan hutang hasil pembelian kapal berkenaan.
“Beli kapal dari negara China mereka yang buat bukan kita tapi sekarang bila kerajaan terpaksa bayar hutang mereka cakap bodoh beli kapal dari negara China, katanya lagi.
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang menyuarakan bahawa Belanjawan 2020 hanya menumpukan golongan kapitalis berbanding rakyat miskin selain tidak melihat gambaran jelas berhubung usaha untuk membantu masyarakat luar bandar.
Topic Berkaitan
#Belanjawan2020
#Ekspo Peralatan Perubatan Malaysia
#Kelantan
#Mahathir Mohamad
#MEDEX
#pembangkang
#PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan